Site icon TechNave BM

nubia Red Magic 6R dilancar: Snapdragon 888, AMOLED 144Hz, cas pantas 65W bermula ~RM1,947

nubia telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru di China iaitu Red Magic 6R. Telefon ini dilengkapi rupa bentuk yang lebih nipis berbanding Red Magic 6 dan Red Magic 6 Pro iaitu dengan ketebalan 7.8mm dan berat 186 gram sahaja, menjadikannya telefon gaming paling nipis dan ringan setakat ini.

Sebagai sebuah telefon gaming, ia dilengkapi spesifikasi tercanggih termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 888, skrin AMOLED berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar bacaan sentuhan 400Hz, pilihan RAM 8GB atau 12GB serta storan dalaman sehingga 256GB.

Ia turut dilengkapi butang sentuh di bahagian bucu untuk kegunaan sewaktu gaming, namun ia bukanlah butang fizikal seperti yang terdapat dalam beberapa telefon gaming lain. Untuk bateri, ia mempunyai kapasiti 4,200mAh yang menyokong kadar pengecasan 55W di China dan 30W untuk varian antarabangsa. Kapasiti bateri ini adalah lebih rendah daripada Red Magic 6 atau Red Magic 6 Pro.

Daripada segi fotografi, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala kamera hadapan pula adalah kamera 16MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk nubia Red Magic 6R:

Berikut adalah varian nubia Red Magic 6R dan harganya untuk pasaran China:

Setakat ini masih tiada maklumat jika ia akan dilancar untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version