Site icon TechNave BM

nubia Red Magic 6s Pro miliki ciri pengecasan ‘air-cooled’ & palam pengecas GaN 120W

nubia Red Magic 6s pro yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bakal dilengkapi dengan teknologi penyejukan udara (air-cooled fast charging technology) ketika mengecas. Teknologi ini membantu untuk menyejukkan dan menstabilkan suhu ketika mengecas atau sedang bermain game.

Telefon ini dijangkakan mempunyai dwi-bateri dengan kapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W dan ia mempu mendapatkan 100% kuasa bateri dengan hanya 17 minit pengecasan. Dengan kadar pengecasan yang sangat tinggi itu, nubia telah memperkenalkan teknologi pengecasan udara bagi mengelakkan suhu telefon menjadi terlalu tinggi dan melindungi baterinya.

Maka dengan adanya teknologi penyejukan udara, pengguna tidak perlu khuatir dengan suhu dan prestasi telefon ketika menggunakannya. Peranti ini akan hadir bersama palam pengecas GaN 120W.

Spesikasi lain yang dikhabarkan menunjukkan bahawa Red Magic 6s Pro akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 888+, panel skrin OLED 6.8 inci dengan resolusi 1080p, kadar semula skrin 165Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

Awal minggu ini, Nubia telah mengesahkan bahawa peranti ini akan mempunyai kadar tindak balas sentuhan 7.4ms. Pada bahagian belakangnya pula terdapat tiga kamera yang mana kamera utamanya memiliki sensor 64MP.

Adakah anda berminat dengan telefon pintar nubia Red Magic 6s Pro ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version