Site icon TechNave BM

nubia Red Magic 6S Pro sah dilengkapi cipset Qualcomm SD888+

Selepas mengumumkan tarikh rasmi pelancaran Red Magic 6S Pro, nubia kini mengesahkan bahawa telefon tersebut akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 888+. Cipset baharu ini mempunyai overclocked teras CPU utama dan AI Engine yang mana ianya 20 peratus lebih pantas.

Red Magic 6S Pro turut dilengkapi dengan sistem penyejukan aktif untuk menyokong prestasi optimum pada skrinnya yang mempunyai kadar segar semula 165Hz. Sebut tentang Red Magic 6 Pro, ianya dinobatkan sebagai telefon gaming terbaik dalam laporan China Mobile’s 2021 Smart Hardware Quality kerana sistem penyejukannya yang berfungsi dengan cemerlang.

Sistem penyejukan ini memastikan cipset berfungsi dalam suhu yang stabil dan menghasilkan prestasi terbaik. nubia Red Magic 6S Pro bakal dilancarkan pada 6 September 2021.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version