Site icon TechNave BM

Nubia Red Magic 8S Pro akan dilancar pada 5 Julai 2023

Nubia Red Magic 8S Pro yang akan dilancarkan pada 5 Julai ini akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Nubia juga mendedahkan bahawa Red Magic 8S Pro akan mempunyai teras utamanya sehingga 3.36GHz tidak seperti Red Magic 8 Pro.

Nubia sebelum ini mengesahkan Red Magic 8S Pro akan mempunyai RAM 24GB pada papan, tetapi ia masih belum mendedahkan butiran selebihnya mengenai telefon pintar itu. Kami pasti ia hampir sama dengan model standard tetapi dengan perbezaan kamera, prestasi dan reka bentuk.

Adakah Nubia kali ini menjadi pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version