Site icon TechNave BM

nubia V70 Max dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, bateri 6,000mAh bermula RM399

ZTE Malaysia hari ini melancarkan sebuah telefon pintar mampu milik terbaru iaitu nubia V70 Max yang berharga RM399 sahaja. Walaupun harganya rendah, ia dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik yang lengkap untuk kegunaan harian.

Untuk rekaan luaran, ia dibina dengan rangka besi SUS304 dan Aluminum-Titanium Alloy Die Casting untuk ketahanan tinggi dan membenarkannya tahan impak jatuh setinggi 1.5 meter. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan hijau.

Antara spesifikasi dalaman yang menarik termasuklah bateri berkapasiti 6,000mAh yang boleh bertahan dengan lama. Selain itu, ia mempunyai skrin berukuran 6.9 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semulz 120Hz yang sangat bagus untuk telefon mampu milik.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk nubia V70 Max:

Telefon ini boleh dibeli melalui laman web rasmi ZTE atau Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version