Site icon TechNave BM

nubia Z30 Pro bakal dilancar 20 Mei ini, dilengkapi ciri kamera profesional SLR!

Pada hari ini, naib presiden nubia, Ni Fei telah mengumumkan bahawa nubia akan melancarkan telefon pintar Z30 Pro pada 20 Mei ini. nubia tidak memberitahu sebarang spesifikasi peranti tersebut, tetapi Ni Fei menyatakan bahawa Z30 Pro akan menjadi telefon pertama dunia yang hadir dengan ciri profesional dari kamera SLR.

Z30 Pro akan menjadi telefon pertama dunia yang menyokong pendedahan pelbagai (multiple exposures), bukaan boleh laras (adjustable aperture) dan beberapa fungsi kamera lain.

Selain model Z30 Pro, nubia dikhabarkan akan melancarkan model Z30 yang biasa. Sebelum ini, imej janaan Z30 telah muncul dalam talian dengan skrin melengkung tanpa takuk. Peranti itu dilihat hadir dengan kamera swafoto bawah skrin, sama seperti siri Axon 20.

Imej janaan nubia Z30

Pada bahagian belakang pula, nubia Z30 dilihat hadir dengan kamera kuad dan mempunyai kebolehan zum sehingga 100x. Selain kamera utama, ia juga dilengkapi kamera ultra lebar dan kamera telefoto.

nubia Z30 Pro dijangka akan mempunyai reka bentuk dan spesifikasi yang hampir sama seperti nubia Z30.

Nantikan pelancaran siri nubia Z30 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version