Site icon TechNave BM

Nubia Z50 dilancar: SD 8 Gen 2, AMOLED 144Hz, kamera Sony IMX787 bermula ~RM1,899

Nubia telah melancarkan telefon pintar andalan terbaru iaitu Nubia Z50. Telefon ini menampilkan pelbagai spesifikasi tercanggih untuk industri telefon pada waktu ini, namun dijual pada harga yang lebih berpatutan berbanding telefon premium lain.

Nubia Z50 bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang merupakan cipset tercanggih daripada Qualcomm setakat ini. Ia digabungkan dengan RAM LPDDR5X sebanyak 8GB, 12GB atau 16GB serta storan dalaman UFS 4.0 berkapasiti 128GB, 256GB, 512GB atau 1TB.

Telefon ini mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi 2400×1080 (Full HD+), kedalaman warna 10-bit, kadar segar semula 144Hz, gamut warna DCI-P3 100%, nisbah kontras 3,000,000:1 dan kecerahan puncak 1,000 nits. Skrin ini melengkung di bahagian sisi.

Baterinya mempunyai kapasiti besar iaitu 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Untuk mengawal suhu dalaman, Nubia Z50 dilengkapi sistem penyejukan kamar wap (vapour chamber) yang boleh melesapkan haba dengan lebih baik.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX787 dan kamera ultra-lebar 50MP dengan sensor Samsung S5KJN1 dan medan penglihatan seluas 116°. Di hadapan pula, terdapat kamera swafoto 16MP OmniVision OV16A1Q.

Nubia Z50 ditawarkan dalam warna putih, hitam dan hijau kulit. Berikut adalah harga variannya di China:

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nubia

Exit mobile version