Site icon TechNave BM

nubia Z50S Pro dilancar: SD 8+ Gen 2, RAM 16GB, kamera 50MP dan bateri 5,100mAh ~RM2343

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, nubia telah melancarkan nubia Z50S Pro di China semalam, peranti perdana terbaharu daripada anak syarikat ZTE. Ia menampilkan beberapa spesifikasi dan keupayaan pengimejan mengagumkan.

Pertama sekali, peranti ini menggunakan lensa 35mm 1G+6P dengan apertur f/1.59 lebar, OIS dan sensor 50MP 1/1.49 inci sebagai kamera utamanya. Ini dipasangkan dengan kamera ultra lebar 50MP dengan lensa 13mm (125 darjah FOV dan f/2.0) yang berfungsi sebagai kamera makro. Melengkapkan persediaan tri-kameranya adalah lensa 16MP 80mm dengan sensor telefoto f/2.4 dan OIS.

Z50S Pro dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 2 dengan teras utama 3.36GHz dan GPU yang dipertingkatkan dipasangkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Terdapat juga bateri 5,100mAh dengan sokongan pengecasan 80W dan ruang wap 4,233mm².

Bagi paparan pula, ia menggunakan paparan AMOLED 120Hz 6.78 inci dengan resolusi 1260 x 2800 piksel. Di China, Z50S Pro ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, khaki dan putih (CNY100/ ~RM63 lebih mahal).

Varian 12/256GB berharga CNY3,700 (~RM2,343) dan 16GB/1TB pada harga CNY4,499 (~RM2,850). Buat masa ini, kami tidak pasti sama ada ia akan membuat penampilan di Malaysia ataupun tidak.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version