Site icon TechNave BM

nubia Z60 Ultra Leading Version dan Z60S Pro dilancar di Malaysia, bermula RM2,199

Selepas memperkenalkan nubia Z60 Ultra pada bulan April lalu, kini nubia Malaysia melancarkan dua lagi varian dalam siri telefon pintar andalan (flagship) Z60 iaitu nubia Z60 Ultra Leading Version dan nubia Z60S Pro. Selain dilengkapi cipset terkini dan paling canggih oleh Qualcomm, ia juga mempunyai pelbagai teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

nubia Z60 Ultra Leading Version dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version yang menawarkan prestasi lebih tinggi sedikit berbanding Snapdragon 8 Gen 3 standard. Ia mempunyai teras CPU utama Cortex-X4 pada kelajuan clock 3.4GHz dan kelajuan clock GPU kepada 1GHz.

Ini adalah kelajuan clock tertinggi yang boleh dihasilkan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 kerana kebanyakan telefon meletakkan kelajuan 3.3GHz sahaja untuk CPU dan 0.9GHz untuk GPU.

Spesifikasi menarik untuk Z60 Ultra termasuklah bateri besar berkapasiti 6,000mAh, rating kalis air dan debu IP68 serta butang Custom Sliding Shortcut di bahagian sisi yang memudahkan pengguna untuk tentukan tetapan bunyi telefon.

Jika dilihat di hadapan pula, skrinnya mempunyai teknologi Under Display Camera (UDC) generasi ke-6 yang menyembunyikan kamera swafoto supaya skrin telefon nampak lebih kemas. Di belakang, ia mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama dengan sensor Sony 9 Series 50MP, kamera ultra-lebar dan kamera potret.

Sementara itu, nubia Z60S Pro pula merupakan varian yang rendah sikit berbanding Z60 Ultra Leading Version. Ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, skrin AMOLED 1.5K, bateri 5,100mAh, RAM LPDDR5X dan storan dalaman UFS4.0.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon.

nubia Z60 Ultra Leading Version

nubia Z60S Pro

Kedua-dua telefon ini boleh dibeli dengan harga diskaun di nubia Lazada Flagship Store sebelum 10 Ogos 2024. Pelanggan yang membeli nubia Z60 Ultra Leading Version akan menerima fon telinga wayarles ZTE Buds 2 (bernilai RM199) secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedua-dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version