Nubia secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharunya, Z70 Ultra. Nubia Z70 Ultra mengekalkan gaya ikonik “Window to the Universe” dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan emas. Badannya diperbuat daripada logam berkualiti tinggi yang disertakan tekstur pasir lembut bagi menyerlahkan gaya premium dan hadir dengan dengan penarafan IP68/IP69.
Telefon ini dilengkapi dengan skrin penuh 6.85 inci yang menggunakan paparan AMOLED, menawarkan resolusi 1.5K, kadar penyegaran 144Hz, kecerahan maksimum 2000 nits dan nisbah skrin-ke-badan yang mencapai 95.3%. Untuk fotografi, Nubia Z70 Ultra dilengkapi kamera swafoto bawah skrin 16MP dengan algoritma AI untuk hasil semula jadi.
Kamera belakang pula mempunyai tiga kamera termasuk kamera utama 50MP dengan apertur berubah dan sensor SONY. Lensa telefoto periskop 64MP untuk zoom jauh. Lensa makro sudut ultra lebar 50MP untuk penggambaran jarak dekat dan lanskap. Prestasi telefon pula dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite bersama RAM LPDDR5X dan storan pantas UFS 4.0.
Baterinya berkapasiti besar 6150mAh dengan pengecasan pantas 80W. Tambahan, Z70 Ultra hadir dengan sistem Nebula AIOS yang memberikan pengalaman pintar termasuk fungsi terjemahan AI untuk komunikasi pelbagai bahasa. Telefon ini ditawarkan pada harga RM3,899 (12+256GB) dan RM4,499 (16+512GB).
Spesifikasi lengkap Nubia Z70 Ultra:
- Skrin AMOLED 6.85 inci, resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, kecerahan maksimum 2000 nits, nisbah skrin-ke-badan 95.3%
- Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
- RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB
- Storan dalaman UFS 4.0 256GB atau 512GB
- Kamera utama 50MP (sensor Sony, apertur berubah f/1.59–f/4.0, OIS), kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 64MP
- Kamera swafoto 16MP bawah skrin dengan algoritma AI untuk swafoto semula jadi
- Bateri 6150mAh dengan pengecasan pantas 80W
- Sistem operasi menggunakan Nebula AIOS berasaskan Android dengan fungsi AI pintar seperti terjemahan pelbagai bahasa
- Ciri tambahan seperti kalis air dan debu (IP68/IP69), sokong NFC
- Pilihan warna: Hitam dan Emas
- Harga: 12GB+256GB – RM3,899 | 16GB+512GB – RM4,499
Sempena pelancarannya, Nubia Malaysia menyediakan diskaun sehingga RM800 dari 1 hingga 5 Disember melalui platform Lazada, Shopee dan laman rasmi Nubia Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nubia Z70 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

