Site icon TechNave BM

nubia Z80 Ultra dilancar di Malaysia: SD 8 Elite Gen 5, OLED 1.5K, bateri 7,200mAh bermula RM3,699

nubia Malaysia telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru iaitu nubia Z80 Ultra. Telefon pintar ini dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon generasi flagship terkini seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin BOE X10 1.5K, bateri 7,200mAh dan pengecasan pantas 80W.

Telefon ini dilengkapi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan CUBE Gaming Engine untuk prestasi gaming yang sangat tinggi, dengan penjanaan imej pada resolusi 2K dengan kadar segar semula 144Hz. Ia mempunyai storan UFS 4.1 dan RAM LPDDR5X untuk menghasilkan pengalaman keseluruhan yang lebih laju.

Skrinnya pula menggunakan panel BOE X10 1.5K dengan teknologi Under-Display Camera yang bukan sahaja boleh memaparkan imej cantik, malah boleh menyembunyikan kamera hadapan untuk pengalaman visual yang lebih imersif.

Skrinnya mampu memberikan kecerahan puncak sehingga 2,000 nits dan kadar bacaan sentuh 3,000Hz untuk berikan tindak balas responsif sewaktu gaming.

Kamera hadapan telefon ini boleh disembunyikan dengan teknologi Under-Display Camera

Baterinya juga mempunyai kapasiti yang sangat besar dan bertaraf flagship iaitu 7,200mAh yang pasti boleh bertahan selama sehari dengan yakin, walaupun dengan penggunaan gaming yang tinggi. Ia menyokong kadar pengecasan pantas 80W dan pengecasan wayarles 80W.

Untuk penyejukan, ia mempunyai cecair besi komposit (composite liquid metal) dan kamar wap 3D Ice Steel bagi meningkatkan pelesapan haba sebanyak 35% berbanding generasi sebelumnya.

Kameranya menggunakan sensor Light & Shadow Master 990 berukuran 1/1.3 inci yang boleh mengambil gambar jelas walaupun dalam situasi malap. Kameranya terdiri daripad kamera utama 50MP, kamera telefoto periskop 64MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera hadapan 16MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk nubia Z80 Ultra:

nubia Z80 Ultra boleh dibeli bermula hari ini di Shopee, Lazada dan laman web rasmi nubia. Setiap pembelian akan menerima sarung perlindungan Ultra Protective Case (bernilai RM99).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version