Site icon TechNave BM

NurAI dilancar sebagai “chatbot” AI pertama berdasarkan Syariah, dibina dari model DeepSeek

Zetrix AI Bhd (sebelum ini lebih dikenali sebagai MyEG) telah melancarkan NurAI iaitu sebuah chatbot kecerdasan buatan (AI) berdasarkan syariah untuk jawab segala pertanyaan anda. Ia boleh digunakan secara percuma dan dimuat turun daripada platform Google Play Store atau Apple App Store.

Zetrix telah bekerjasama dengan DeepSeek dari China untuk mencipta NurAI. Ia menawarkan sokongan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta memberikan panduan yang berlandaskan ajaran Islam. Aplikasi ini masih lagi dalam fasa Open Beta dan menawarkan panduan dalam pelbagai aspek seperti gaya hidup, perundangan, kesihatan, kewangan dan gaya hidup halal.

Ia diseliakan oleh pelbagai ilmuwan Islam dari Malaysia, Indonesia dan Brunei. Walaupun Zetrix merancang untuk meluaskan NurAI kepada pasaran-pasaran Muslim yang lain, buat masa ini mereka ingin menumpukannya untuk disepadukan dengan mahkamah-mahkamah syariah tempatan.

Data set yang diguna untuk melatih NurAI termasuklah manuskrip agama yang bersejarah. Perlu diingati bahawa setakat ini, masih tiada galakan daripada agensi-agensi keagaaman rasmi Malaysia untuk anda menggunakan NurAI.

Ia boleh digunakan secara percuma, namun terdapat juga model berbayar yang bermula daripada RM20 hingga RM200 sebulan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan NurAI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version