Site icon TechNave BM

Nurflix, laman tontonan yang lebih islamik dan halal bakal hadir di Malaysia

Anda mungkin sudah melanggan laman tontonan dan penstriman kandungan filem seperti Neflix, iflix dan sebagainya. Namun, tahukah anda bahawa terdapat laman tontonan baharu yang bakal tersedia di Malaysia dan ianya sebuah platform tontonan yang patuh syariah!

Ya, sebuah platform tontonan berkonsepkan VOD (Video On Demand) yang patuh syariah dan akidah. Melalui laman Nurflix, ianya bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pemaparan notis langganan Nurflix menyatakan bahawa anda boleh menonton kandungan asli secara percuma bermula Oktober 2020 sehingga akhir tahun 2020. Untuk pengetahuan anda, Nurflix diasaskan oleh salah seorang ahli kumpulan The Brothers.

Lebih menarik, sumber menyatakan bahawa terdapat pengkelasan kategori penonton iaitu umum, asatizah, wanita dan kanak-kanak. Pematuhan akidah syariah pula bukan sahaja semata-mata pada kandungan, tetapi bermula pada proses pembikinan kandungan tersebut yang bakal dipantau oleh jawatankuasa yang akan memantau.

Jawatankuasa atau majlis tersebut dikatakan terdiri daripada Penasihat Utama, Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid dan diketuai oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat rasmi mengenai tarikh pelancaran Nurflix di Malaysia. Apakah pandangan anda mengenai platform tontonan yang lebih baik dari segi agama ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Vocket

Exit mobile version