Site icon TechNave BM

NVIDIA akan tamatkan sokongan untuk Windows 7 dan Windows 8

Syarikat teknologi NVIDIA yang terkenal dengan produk unit pemproses grafik (GPU) dalam komputer kini telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan untuk sistem operasi Windows yang lama iaitu Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 bermula bulan Oktober 2021.

Selepas bulan tersebut, NVIDIA hanya akan menyediakan kemas kini keselamatan penting (critical security updates) kepada sistem operasi Windows yang terlibat sehingga September 2024. Bermula Oktober 2021, NVIDIA hanya akan memfokuskan sokongan untuk Windows 10 dan versi ke atas.

NVIDIA mengatakan sejumlah besar pengguna mereka telah pun berpindah ke Windows 10 dan bagi menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para pengguna mereka, mereka ingin memberi tumpuan penuh kepada sistem operasi tersebut.

NVIDIA akan mengeluarkan perisian pemacu (driver) terakhir untuk Windows 7 dan Windows 8 pada 31 Ogos 2021, manakala pemacu yang dilancar pada 4 Oktober hanya boleh dipasang dalam Windows 10 sahaja.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: NVIDIA

Exit mobile version