Site icon TechNave BM

Nvidia GeForce RTX 4070 diumum, miliki memori GDDR6X 12GB bermula ~RM2,636

Nvidia hari ini telah mengumumkan kad grafik terbaharu iaitu GeForce RTX 4070. Ia adalah model terbaharu dalam kad grafik desktop siri 40 dan juga yang paling murah setakat ini. RTX 4070 beroperasi pada versi cut down GPU AD104 berdasarkan seni bina Ada Lovelace terbaru syarikat.

Berbanding dengan RTX 4070 Ti yang menggunakan GPU yang sama, RTX 4070 mempunyai 5888 teras CUDA berbanding 7680 teras dan boleh meningkat sehingga 2475MHz berbanding 2610MHz. Memori pada keda-duanya sama iaitu GDDR6X 12GB dengan bas 192-bit, kelajuan 21Gbps dan lebar jalur 504GBps.

Seperti kad grafik siri 40 yang lain, RTX 4070 termasuk teras RT generasi ke-3 dan teras Tensor generasi ke-4 yang membolehkan ciri seperti penyusunan semula pelaksanaan shader dan penjanaan bingkai DLSS3. Terdapat juga pengekod NVNC generasi ke-8 untuk pengekodan dalam AV1.

4070 mempunyai jumlah kuasa grafik 200W dengan purata kuasa permainan pada kadar 186W. Nvidia mendakwa RTX 4070 menawarkan tahap prestasi yang sama seperti RTX 3080 tetapi dengan menggunakan hanya separuh kuasa. RTX 4070 juga mempunyai memori 12GB berbanding 10GB standard 3080.

Nvidia mendakwa RTX 4070 adalah 1.4x lebih pantas daripada 3080 dan 2.6x lebih pantas daripada 2070 Super. RTX 4070 memiliki tanda harga bermula $599 (RM2,636) dan ia akan mula dijual mulai 13 April ini. Namun, kita perlu tunggu pengumuman rasminya untuk pasaran Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version