Site icon TechNave BM

NVIDIA mungkin akan lancarkan GPU GeForce RTX 3080 pada 31 Ogos

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa NVIDIA mungkin akan melancarkan kad grafik GeForce RTX 3080 pada bulan September. Namun tarikh sebenar pelancaran tersebut mungkin lebih hampir daripada yang dijangkakan kerana NVIDIA sudah pun memuat naik sebuah video pendek di Twitter dengan tanda palang “#UltimateCountdown”.

Selain itu, profil Twitter NVIDIA juga turut menyertakan mesej “21 Days, 21 Years”. Ini mungkin merujuk kepada ulangtahun ke-21 jenama GeForce yang dilancarkan pada tahun 1999, manakala 21 Days merujuk pada pelancaran pemproses grafik (GPU) GeForce yang baru pada tahun ini.

RTX 3080 Ti dilaporkan akan mempunyai VRAM sebanyak 24GB. Pelancaran GPU GeForce pada hujung bulan ini akan memberi tekanan kepada AMD yang dijangka akan melancarkan GPU RDNA2 pada bulan September.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version