Site icon TechNave BM

NVIDIA mungkin lancar GeForce RTX 3080 dan 3080 Ti lebih berkuasa September ini

Berita ini adalah berita khas untuk gamer PC. Jika sebelum ini anda sedang menanti masa yang tepat untuk menaik taraf GPU anda, mungkin ini lah tanda masa untuk menaik taraf semakin hampir. Terkini, terdapat spekulasi tentang pelancaran GPU baharu dari NVIDIA.

Menurut sumber, NVIDIA telah menghentikan penghasilan GPU siri RTX 2000 seperti GeForce RTX 2060, RTX 2070 Super, RTX 2080 Super dan RTX 2080. NVIDIA dilaporkan bakal melancarkan RTX 3080 dan RTX 3030 Ti pada 17 September ini. Pada bulan seterusnya, RTX 3070 bakal dilancarkan pada Oktober dan RTX 3060 akan dilancarkan pada bulan November.

Biasanya, NVIDIA akan menghentikan penghasilan GPU lama untuk menanggung kos GPU baharu yang bakal hadir. Syarikat ini percaya bahaya tanggungan kos untuk GPU baharu adalah lebih menguntungkan.

Jadual spesifikasi asas dari Wccftech

Apa pun, berita ini hanyalah spekulasi memandangkan NVIDIA masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenainya. Adakah anda bakal menaik taraf GPU PC anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: wccftech | dertpert88 di Reddit

Exit mobile version