Site icon TechNave BM

NVIDIA pecah tradisi 30 tahun, sah tiada pelancaran GPU baharu untuk 2026

Buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, NVIDIA dilaporkan tidak akan melancarkan sebarang kad grafik gaming baharu sepanjang tahun ini kerana mahu memberikan fokus penuh kepada pasaran pusat data AI yang jauh lebih menguntungkan.

Keputusan drastik yang diambil menyaksikan siri RTX 6000 menggunakan seni bina Rubin kini hanya dijangka menemui pengguna pada penghujung 2027. Ini secara tidak langsung meletakkan segmen gaming seolah-olah menjadi ‘anak tiri’ demi mengejar evolusi kecerdasan buatan (AI).

Namun, situasi menjadi lebih kritikal apabila krisis kekurangan cip memori global atau ‘RAMageddon’ turut memaksa NVIDIA menangguhkan pelancaran siri RTX 5000 Super serta mengurangkan pengeluaran siri RTX 5000 sedia ada secara besar-besaran.

Lebih parah, impak krisis bekalan ini turut mengheret industri konsol apabila pelancaran PlayStation 6 dan Xbox generasi baharu dilaporkan terpaksa ditunda selain mengakibatkan harga peranti seperti telefon pintar dan komputer melonjak tinggi di pasaran global buat masa ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tom’s Guide

Exit mobile version