Site icon TechNave BM

NVIDIA umumkan lebih 35 “game” dan aplikasi yang menyokong teknologi DLSS 3

NVIDIA DLSS 3 telah dilancarkan pada 20 September tahun ini. Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh NVIDIA, lebih daripada 35 game dan aplikasi DLSS 3 telah diumumkan sebagai permulaan gelombang pertama keluaran bulan ini.

NVIDIA mengatakan pengguna boleh menggunakan resolusi super DLSS 2 dalam setiap game DLSS 3 jika mereka mempunyai kad grafik atau komputer riba GeForce RTX generasi sebelumnya. DLSS Super Resolution adalah nama baharu untuk teknologi DLSS 2 berkuasa AI dengan prestasi yang lancar dan cekap untuk lebih 216 game serta aplikasi yang kini turut menjadi sebahagian daripada DLSS 3.

DLSS 3 akan digunakan pada enjin gaming termasuk Unity, Unreal Engine dan Frostbite Engine. Sebagai tambahan kepada penyepaduan DLSS 3 baharu, DLSS 2 (DLSS Super Resolution) telah ditambah kepada lebih daripada sedozen game baharu pada Oktober ini.

Dalam Microsoft Flight Simulator pula, Asobo Studio dan Microsoft membawa NVIDIA DLSS 3 ke dalam game pada 17 Oktober. Sokongan DLSS 3 akan dilancarkan dengan kemas kini seterusnya dalam versi beta mulai 17 Oktober. Selain itu, kemas kini F1 22 DLSS 3 akan hadir tidak lama lagi dan “Sackboy Adventure” akan disediakan di platform PC pada 27 Oktober.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:TechNaveCN (Terjemahan)

Exit mobile version