Site icon TechNave BM

Olimpik Tokyo 2020 sah ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19

Terkini, Olimpik Tokyo 2020 sah ditangguhkan sehingga ke tarikh yang bakal diberitahu semula kelak (mungkin pada tahun 2021). Makluman ini diperoleh daripada Dick Pound, ‘Veteran International Olympic Committee’.

Terdahulu, Presiden IOC Thomas Bach telah memberi masa selama empat minggu untuk jawatankuasa Olimpik membincangkan keputusan penangguhan ini. Berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia, penangguhan adalah keputusan terbaik setakat ini.

pihak jawatankuasa Olimpik bagaimanapun tidak memutuskan selama mana penangguhan ini berjalan. Apa yang jelas di sini, Olimpik ini tidak akan bermula pada 24 Julai. Di sebalik penangguhan ini, langkah seterusnya akan diberitahu kemudian.

Jika anda tidak tahu, ini adalah kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan, kecuali pembatalan Olimpik pada 1916, 1940 dan 1944 berikutan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook. Kami menyeru anda untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal berada di rumah untuk membaca berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: USA Today melalui Clutchpoints

Exit mobile version