Site icon TechNave BM

OnePlus 10 Pro 5G dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, kamera Hasselblad bermula RM4,199

Setelah OnePlus melancarkan telefon pintar andalan OnePlus 10 Pro 5G versi global pada beberapa hari lepas, kini harganya untuk pasaran Malaysia juga telah pun diumumkan iaitu RM4,199. Telefon ini mempunyai rekaan yang sangat unik berbanding telefon OnePlus sebelum ini, di mana ia mempunyai bonggol kamera yang bersambung dengan rangka di bahagian sisi.

Daripada segi spesifikasi, ia mempunyai pelbagai komponen yang boleh dijangka untuk sebuah telefon pintar andalan pada 2022 seperti cipset Snapdragon 8 Gen 1, skrin AMOLED 120Hz, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1 dan banyak lagi.

Satu ciri yang menarik pada OnePlus 10 Pro 5G adalah kameranya yang dibina dengan kerjasama syarikat kamera Hasselblad untuk menawarkan teknologi fotografi Hasselblad Image 2.0. Ia boleh mengambil gambar dalam format RAW 12-bit, rakaman video 8K dengan profil warna Log, rakaman 4K 120fps, teknologi jurang dinamik luas DOL-HDR dan banyak lagi.

Modul kamera dalam telefon ini terdiri daripada kamera utama 48MP dengan sensor Sony IM789, kamera ultra-lebar 50MP dengan sudut penglihatan 150 darjah, kamera telefoto 8MP dan kamera swafoto 32MP.

Selain itu, ia mempunyai pengecasan pantas 80W yang boleh mengecas penuh baterinya dalam tempoh 32 minit. Pengecasan wayarlesnya juga agak pantas, dengan kadar 50W yang boleh mengecas penuh baterinya dalam masa 47 minit.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus 10 Pro 5G:

OnePlus 10 Pro 5G akan mula dijual di Malaysia pada 5 April 2022 dalam laman web OnePlus, Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version