Site icon TechNave BM

OnePlus 10 Pro bakal dilancar: Miliki panel 2K LTPO 2.0 120Hz dan paparan “Always-on” 1Hz

OnePlus akan melancarkan telefon pintar andalan iaitu OnePlus 10 Pro pada hari esok, 11 Januari di China. Syarikat itu juga menerima pra-pesanan untuk peranti itu. Kini, syarikat tersebut turut berkongsi beberapa ciri utama melalui poster promosi. 

Melalui maklumat yang didedahkan, OnePlus 10 Pro akan hadir dengan paparan LTPO 2.0 Samsung yang menawarkan resolusi skrin 2K+ dan kadar penyegaran semula 120Hz dan akan menjadi telefon pintar yang pertama di dunia dengan paparan sentiasa hidup 1Hz. Ciri paparan sentiasa hidup ini kekal aktif pada peranti semasa mod tidur memudahkan pengguna menyemak masa serta beberapa maklumat dan pemberitahuan penting lain tanpa perlu membuka kunci telefon.

Reka bentuk hadapan telefon pintar mempunyai bezel nipis, bucu bulat dan potongan lubang tebuk (punch-hole) di penjuru atas sebelah kiri skrin. Peranti itu merupakan telefon pertama yang dipramuat turun dengan ColorOS 12.1 terbaru OPPO di pasaran China.

Ia akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 dan dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan wayarles 80W SuperVOOC pengecasan wayarles 50W AirVOOC serta pengecasan wayarles terbalik. Peranti ini akan mempunyai modul kamera Hasselblad generasi ke-2 di panel belakang yang terdiri daripada tri-kamera 48MP + 50MP + 8MP dan kamera swafoto 32MP.

Kami akan kongsikan kepada anda butiran dan harga peranti setelah pelancaran hari esok. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version