Site icon TechNave BM

OnePlus 10 Pro dilancar: SD 8 Gen 1, skrin 6.7” 120Hz dan kamera 50MP bermula ~RM3094

Apabila OnePlus mendedahkan reka bentuk untuk OnePlus 10 Pro minggu lepas, jelas bahawa telefon itu akan tiba tidak lama lagi. Baru-baru ini, OnePlus telah melancarkan telefon itu di China dan menjadikannya peranti andalan pertama jenama itu untuk tahun 2022.

OnePlus 10 Pro telah diumumkan secara rasmi pada harga permulaan 4699 yuan (~RM3094). Ia didatangkan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 8GB/12GB dan storan dalaman 128GB/256GB. Selain itu, ia mempunyai paparan LTPO 2.0 AMOLED 6.7 inci yang mempunyai resolusi maksimum 3216×1440, bateri 5000mAh dan modul tiga kamera 48MP + 50MP + 8MP.

Daripada segi ciri, paparannya menyokong kadar penyegaran semula sehingga 120Hz. Ia juga mempunyai penstabilan bingkai (frame) HyperBoost untuk gaming, Hasselblad Natural Color Optimization 2.0 untuk foto, sokongan Dolby Atmos dan banyak lagi. Bagi pengecasan pantas, model ini mempunyai pengecasan pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi OnePlus. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 10 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version