OnePlus baru sahaja mengesahkan tarikh pelancaran untuk telefon pintar kelas andalan baharunya. Pelancaran global OnePlus 10 Pro akan berlangsung pada 31 Mac selepas dilancarkan pada awalnya di China pada awal tahun ini. OnePlus mengesahkan tarikh pelancaran ini melalui saluran media sosialnya. Acara pelancaran akan disiarkan secara langsung.
Anda akan dapat menontonnya melalui saluran YouTube rasmi syarikat ia bermula pada 10 malam waktu Malaysia. Varian global OnePlus 10 Pro pada dasarnya akan kelihatan sama dengan yang dipasarkan di China dan mungkin terdapat penambahan mikrofon pada bahagian belakang. Spesifikasinya juga akan lebih kurang sama.
OnePlus 10 Pro menampilkan paparan QHD+ LTPO2 AMOLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan cipset Snapdragon 8 Gen 1. Untuk spesifkasi penuh, anda boleh klik di sini. Namun, ia adalah spesifikasi model untuk pasaran China tetapi varian global mungkin hampir sama sepenuhnya.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 10 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: AndroidHeadlines

