Site icon TechNave BM

OnePlus 10 Pro versi global dilancar: SD 8 Gen 1, LTPO AMOLED 6.7″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM3,720

Selepas pelancaran awal di China pada bulan Januari, OnePlus akhirnya memperkenalkan telefon pintar andalan yang terbaharunya iaitu OnePlus 10 Pro secara global. Ia telah dilancarkan untuk pasaran India, Eropah dan Amerika Utara. Bahagian belakang peranti ini menampilkan panel kaca belakang matte. Ia berukuran 163 x 73.9 x 8.5mm dan berat 200.5g.

Pada bahagian hadapan, peranti ini memaparkan paparan LTPO AMOLED generasi kedua QHD+ 6.7 inci beresolusi 3216 x 1440 piksel dengan sokongan untuk kadar penyegaran berubah daripada 1Hz hingga 120Hz, 525 PPI, lubang tebuk di penjuru kiri atas dan pengesan cap jari pada skrin.

Spesifikasi lain skrin termasuk kecerahan puncak 1300 nits, nisbah kontras 5000000:1, nisbah bidang 20.1:9, nisbah skrin-ke-badan 92.7% dan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 yang dipasangkan dengan LPDDR5 RAM dan storan UFS 3.1.

Ia menggunakan antara muka OxygenOS 12.1 berasaskan Android 12. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W bagi versi Amerika Utara manakala versi Eropah dan India akan dilengkapi pengecasan SuperVOOC 80W. Ia juga mempunyai sokongan pengecasan wayarles 50W AirVOOC serta sokongan pengecasan wayarles berbalik.

Ciri-ciri lain termasuk sambungan 5G, WiFi 6, Bluetooth 5.2, GNSS, NFC, USB-C, motor getaran linear paksi x dan pembesar suara dwi stereo dengan sokongan untuk Dolby Atmos. Terdapat tiga kamera pada bahagian belakang yang dilengkapi sensor utama Sony IMX789 48MP OIS, sensor Samsung ISOCELL JN1 50MP 150° ultra-lebar dan telefoto 8MP 3.3x OIS.

Untuk kamera swafoto, ia menggunakan Sony IMX615 32MP. Semua kamera ini ditala bersama oleh Hasselblad dengan ciri seperti Hasselblad Natural Color Optimization 2.0, Mod XPan dan banyak lagi.

Terdapat dua pilihan warna tersedia iaitu Volcanic Black dan Emerald Forest. Harga bagi OnePlus 10 Pro ialah ₹66,999 (~RM3,720) untuk varian 8+128GB dan ₹71,999 (~RM3,995) untuk varian 12+256GB.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version