Site icon TechNave BM

OnePlus 10 Ultra mungkin akan dilancar pada tahun ini

Siri telefon pintar andalan OnePlus 10 Pro telah pun dilancar di China dan ia mungkin akan dilancarkan secara antarabangsa pada bulan Mac. Kini terdapat maklumat mengatakan bahawa OnePlus mungkin akan melancarkan varian yang lebih canggih iaitu OnePlus 10 Ultra.

Menurut wartawan teknologi Yogesh Brari, kerjasama OPPO dengan OnePlus bakal menyaksikan pengenalan Neural Processing Unit (NPU) OPPO MariSilicon X ke dalam telefon OnePlus 10 Ultra. NPU tersebut bakal menawarkan teknologi pemprosesan imej (ISP) unik dan akan diperkenalkan buat kali pertama dalam siri OPPO Find X5.

Selain itu, kerjasama itu juga akan melihat OPPO Find X5 untuk menerima teknologi kamera Hasselblad, seperti dalam OnePlus 10 Pro sebelum ini. Menurut beliau, OnePlus 10 Ultra masih berada dalam fasa kejuruteraan awal (Engineering Validation Test, EVT) dan mungkin akan dilancar pada separuh kedua 2022.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version