Site icon TechNave BM

OnePlus 10T 5G dilancar: 150W SUPERVOOC, SD 8+ Gen 1, AMOLED 6.7″ 120Hz bermula ~RM2,900

Pada hari ini, OnePlus telah melancarkan telefon pintar andalan terbaru iaitu OnePlus 10T 5G. Telefon ini dilengkapi spesifikasi tercanggih seperti cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED dengan kadar 120Hz dan yang paling menarik, kadar pengecasan terpantas untuk peranti OnePlus setakat ini.

OnePlus 10T 5G dilengkapi teknologi pengecasan pantas 150W SUPERVOOC Endurance Edition iaitu telefon OnePlus pertama yang dilengkapi pengecasan seperti ini. OnePlus mengatakan baterinya yang berkapasiti 4,800mAh boleh dicas penuh sepantas 19 minit sahaja.

Untuk melindungi bateri, telefon ini mempunyai teknologi Smart Battery Health Algorithm, Battery Healing Technology dan Customised Smart Charging Chip untuk mengawal kadar pengecasan dan mengekalkan kapasiti bateri pada 80% walaupun selepas pengecasan selama 1,600 kali atau kegunaan selama empat tahun.

Sungguh pun begitu, perlu diingati bahawa telefon ini tidak mempunyai pengecasan wayarles.

Selain itu, OnePlus 10T 5G dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1 yang boleh menyediakan prestasi terpantas untuk sebuah telefon pintar Android pada waktu ini. Turut mendampingi cipset ini adalah RAM LPDDR5 sebanyak 16GB dan storan 256GB untuk menjana prestasi pantas.

Bagi mengawal penjanaan haba dalam telefon, OnePlus 10T 5G mempunyai 3D Cooling System yang mempunyai kamar penyejukan wap terbesar dalam sebuah telefon OnePlus dan boleh meningkatkan pelesapan haba sebanyak 50% berbanding telefon sebelumnya.

Untuk fotografi pula, OnePlus 10T mempunyai fungsi Image Clarity Engine (ICE) 2.0, HDR 5.0, TurboRAW dan Nightscape 2.0 untuk penghasilan gambar yang lebih jelas. Kameranya mempunyai sensor Sony IMX766 berukuran 1/1.56 inci untuk mengambil gambar dengan warna 10-bit.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus 10T 5G:

Harga OnePlus 10T 5G untuk pasaran Malaysia akan diumumkan pada 18 Ogos 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon OnePlus ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version