Site icon TechNave BM

OnePlus 11 5G dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 2, LTPO 3.0 AMOLED 120Hz dan cas pantas 100W bermula RM3,299

OnePlus Malaysia hari ini telah melancarkan telefon andalannya untuk tahun ini iaitu OnePlus 11 5G. Peranti ini menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan peningkatkan kelajuan CPU dan GPU masing-masing sebanyak 35% dan 25%. Terdapat juga teknologi RAM-Vita baharu yang membolehkan 44 aplikasi aktif di latar belakang.

Ianya mempunyai sokongan untuk Ray Tracing berrsama perkakasan masa nyata. OnePlus 11 5G memaparkan paparan Super Fluid AMOLED 2K 6.7 inci dengan LTPO 3.0 dan segar semula skrin 120Hz yang dibangunkan sendiri dan diperakui oleh SGS Low Blue Light Ex.

Panel ini juga diperakui oleh TÜV SÜD Penilaian A 48 bulan, TÜV SÜD Precise Touching S, SGS Perceived Fluency A+ dan TÜV Rheinland untuk pengecasan dan penggunaan yang selamat. Peranti ini mempunyai bateri dwi-sel 5,000mAh yang menyokong pengecasan SUPERVOOC 100W yang boleh mengecas sepenuhnya dalam masa 25 minit.

Pada bahagian belakangnya terdapat persediaan tiga kamera dengan kamera utama menggunakan sensor IMX890 50MP, kanta potret IMX709 32MP, dan kamera ultra lebar IMX581 48MP talaan Hasselblad Gen Ke-3. Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP.

Hasselblad telah membangunkan sensor berbilang spektrum 13 saluran untuk pengenalan warna terang dan mod potretnya menyediakan foto yang hampir seperti DSLR serta dilengkapi TurboRAW HDR. Spesifikasi lain termasuk pembesar suara dwi Dolby Atmos, WiFi 7, storan UFS 4.0, sistem penyejukan VC halaju Cryo dan sokongan dwi-SIM.

OnePlus 11 5G juga merupakan peranti OnePlus pertama yang layak untuk empat kemas kini OxygenOS utama dan lima tahun kemas kini keselamatan. Di Malaysia, ia ditawarkan dalam dua varian, iaitu 8/128GB dalam warna Titan Black pada harga RM3,299 dan varian 16/256GB dalam warna Eternal Green pada harga RM3,599.

Spesifikasi OnePlus 11 5G:

Anda boleh menempah OnePlus 11 5G bermula dari 10 malam pada 16 Februari hingga 24 Februari 2023 dan dapatkan hadiah percuma sementara stok masih ada. Hadiah yang ditawarkan seperti OnePlus Buds Pro 2, sarung Sandstone OnePlus 11 5G, peluang menyertai cabutan bertuah, poskad Jackson Wang, percuma waranti lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun.

Sementara itu, jualan pertama 11 5G bermula pada 25 Februari hingga 3 Mac 2023. Dalam tempoh ini, anda boleh mendapatkan hadiah percuma seperti OnePlus Buds Pro 2 (pembelian dengan pembelian) diskaun RM200, percuma sarung Sandstone OnePlus 11 5G, peluang menyertai cabutan bertuah, poskad Jackson Wang, percuma waranti lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 11 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version