Site icon TechNave BM

OnePlus 11 5G dilancar: SD 8 Gen 2, skrin LTPO 120Hz dan cas pantas 100W bermula ~RM2,960

OnePlus mengadakan acara pelancaran global terbesarnya hari ini dengan melancarkan OnePlus 11 5G. Jenama itu mengumumkan sebanyak enam produk baharu termasuk telefon pintar, TV pintar, fon telinga TWS, tablet dan aksesori PC. Telefon pintar ini bakal bersaing dengan telefon andalan syarikat lain seperti Samsung Galaxy S23, iQOO 11 dan iPhone 14 Pro.

OnePlus 11 5G dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5x RAM sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 sehingga 512GB. Terdapat sistem penyejukan cecair VC untuk pelesapan haba. Telefon pintar ini mempunyai bateri berkapsiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W.

OnePlus 11 5G mempunyai skrin melengkung Samsung E4 AMOLED 6.7 inci yang menawarkan resolusi QHD+, teknologi LTPO 3.0 dengan kadar penyegaran 120Hz, menyokong Dolby Vision dan HDR10+. Peranti ini dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada skrin dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus.

Bahagian belakang OnePlus 11 5G terdapat persediaan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama Sony IMX980 50MP OIS, ultra lebar Sony IMX581 48MP dan telefoto 32MP dengan sokongan untuk OIS serta zum optik 3x. Terdapat kamera swafoto 16MP pada bahagian hadapan. Telefon pintar ini dilengkapi dengan teknologi imej pembuat kamera terkenal Hasselblad untuk meningkatkan keupayaan fotografi.

Daripada segi perisian, OnePlus 11 5G beroperasi menggunakan OxygenOS 13 berasaskan Android 13. Ia disahkan sebagai peranti pertama daripada OnePlus yang menerima 4 tahun kemas kini versi OS dan 5 tahun kemas kini bagi keselamatan. Sambungan yang terdapat pada peranti ini ialah WiFi-7, dwi SIM, 5G, Bluetooth 5.3, dwi-frekuensi, NFC dan port USB-C.

OnePlus 11 5G bermula pada Rs 56,999 (~RM2,960) untuk varian 8/128GB manakala model 16/256GB berharga Rs 61,999 (~RM3,220). Ia ditawarkan dalam warna Eternal Green dan Titan Black. Untuk pengetahuan, OnePlus 11 5G bakal dilancarkan di Malaysia pada 14 Februari 2023.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 11 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version