Site icon TechNave BM

OnePlus 11 Jupiter Rock dilancar: Cipset SD 8 Gen 2 dan paparan Super Fluid AMOLED 6.7″ berharga ~RM3,141

Hari ini, OnePlus telah melancarkan telefon pintar edisi khas yang dipanggil OnePlus 11 Jupiter Rock di mana ia menampilkan warna dan panel belakang peranti ini diilhamkan daripada planet Musytari.

Menurut akaun OPPO di Weibo, OnePlus 11 Jupiter Rock merupakan telefon pertama di dunia yang menggunakan bahan batu mikrokristalin 3D menjadikan telefon kelihatan seperti satu planet dari pandangan angkasa lepas. Seperti kebanyakan peranti edisi khas, spesifikasinya tetap sama dengan model standard.

Memandangkan kedua-dua peranti mempunyai spesifikasi yang sama, berikut adalah ringkasan ringkas. OnePlus 11 menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM 16GB dan storan 512GB.

Ia juga mempunyai paparan Super Fluid AMOLED 2K 120Hz 6.7 inci dengan LPTO 3.0, bateri 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 100W, kamera utama 50MP + ultralebar 48MP + potret 32MP di bahagian belakang belakang dan kamera swafoto 16MP.

Pada masa ini, ia hanya disediakan di China pada harga 4,899 Yuan (~RM3,141) manakala keberadaannya dalam pasaran Malaysia masih belum diketahui. Setakat ini hanya OnePlus 11 5G yang standard sahaja dijual di Malaysia dengan harga bermula RM3,299. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version