Site icon TechNave BM

OnePlus 12 akan dilancar pada 4 Disember 2023, mungkin bersama OnePlus Ace 3

Oneplus secara rasmi mengumumkan bahawa OnePlus 12 akan diperkenalkan pada 4 Disember 2023 di China sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 syarikat. Terdapat spekulasi bahawa OnePlus Ace 3 juga mungkin diumumkan pada tarikh yang sama.

OnePlus 12 dijangkakan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3, menampilkan sensor kamera utama LYT-T808 dan pengoptimuman kamera HyperTone termasuk lensa ultra-lebar 48MP dan kamera telefoto periskop 64MP dengan zum optik 3x. Untuk kamera hadapan dijangkakan ia membawa sensor 32MP.

Laporan menunjukkan bahawa OnePlus 12 akan dilengkapi dengan paparan OLED BOE X1 6.82 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz, menggunakan sistem operasi ColorOS 14 berdasarkan Android 14. Varian konfigurasi tertinggi dijangkakan menawarkan RAM LPDDR5x 16GB, storan UFS 4.0 1TB, bateri 5,400mAh yang menyokong pengecasan 100W dan wayarles 50W.

Terdapat juga spekulasi tentang pelancaran OnePlus Ace 3 yang akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama dengan OnePlus 12 pada 4 Disember nanti. Pelancaran global OnePlus 12 dijangkakan berlaku pada bulan Januari, dengan kemungkinan penjenamaan semula Ace 3 sebagai OnePlus 12R di pasaran global.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version