Site icon TechNave BM

OnePlus 12R dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 2, AMOLED 120Hz, bateri 5,500mAh berharga RM3,199

OnePlus Malaysia kini sudah melancarkan telefon pintar OnePlus 12R dan ia boleh dibeli di Shopee atau Lazada. Ia menampilkan spesifikasi telefon andalan (flagship) yang dilancar pada 2023, namun masih boleh menawarkan prestasi yang pantas untuk telefon pada tahun ini.

Ini juga merupakan model OnePlus R pertama yang dilancar untuk pasaran Malaysia, manakala model-model sebelum ini dikhaskan untuk pasaran India. Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 iaitu cipset andalan untuk kebanyakan telefon premium yang dilancar pada 2023. Ia juga hanya ditawarkan dalam satu sahaja varian memori untuk pasaran Malaysia iaitu RAM 16GB dan storan dalaman 256GB.

Walaupun dilengkapi cipset tahun lepas, telefon ini menawarkan teknologi pengecasan yang amat pantas iaitu kadar pengecasan 100W. Sungguh pun begitu, ia tidak menyokong pengecasan wayarles.

Tidak seperti telefon lain dalam siri OnePlus 12, OnePlus 12R tidak mempunyai sistem kamera Hasselblad supaya ia boleh ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus 12R:

OnePlus 12R boleh dibeli dari Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version