OnePlus bakal mencetuskan keterujaan dengan pelancaran OnePlus 13T pada 24 April ini di China. Telefon pintar kompak ini direka untuk menjadi peranti andalan bergaya dan berkuasa bagi tahun 2025. Dengan lebar hanya 71.7 mm, ia lebih ramping berbanding OnePlus 13 dan 13R serta menampilkan skrin bersaiz 6.32 inci dan berat 185g.
OnePlus juga menekankan keseimbangan berat “50:50” untuk pengalaman genggaman yang lebih selesa. Menariknya, OnePlus 13T turut menyokong sarung MagSafe yang menjadikannya pilihan praktikal dan bergaya. Kemudian, OnePlus 13T hadir dengan bateri berkapasiti 6,260mAh iaitu lebih besar daripada model terdahulu namun kekal ringan.
Walaupun kelajuan pengecasan masih belum diumumkan, peranti ini menyokong pengecasan bypass yang sesuai untuk bermain game tanpa gangguan haba. Ia dikhabarkan akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Elite, penarafan IP65 serta dua kamera belakang 50MP termasuk lensa telefoto dengan zum optikal 2x dan zum lossless sehingga 4x.
Walaupun spesifikasi penuhnya masih belum dikongsi, OnePlus 13T mampu menjadi pesaing utama dalam segmen telefon kompak berprestasi tinggi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina/ GSMArena

