Site icon TechNave BM

OnePlus 7T bercorak ‘marble’ – Pendedahan pilihan warna OnePlus 7T yang tidak dilancarkan

Rekaan marble mula menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia. Daripada perabot sehinggalah ke barang-barang perhiasan yang bercorak marble mula menjadi rebutan. Kami pasti anda akan terpesona dengan telefon pintar bercorak seperti batu marble.

Terkini, OnePlus mendedahkan beberapa pilihan warna OnePlus 7T yang tidak dikeluarkan termasuklah yang bercorak batu marble. Selain marble, sumber pernah melaporkan tentang OnePlus 7T dengan pilihan warna emas yang juga tidak dikeluarkan.

Selain daripada OnePlus 7T, syarikat tersebut turut menunjukkan versi OnePlus 6 yang tidak dikeluarkan. Antaranya adalah OnePLus 6 yang tampil dengan gradien biru putih dan warna biru denim. Anda boleh melihat spesifikasi dan harga OnePlus 6 disini.

Adakah anda berminat jika pilihan warna ini dikeluarkan? Komen pilihan warna anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version