Site icon TechNave BM

OnePlus 8 Pro dilengkapi Warp Charge 30 Wireless, mampu cas 50% dalam 30 minit tanpa wayar

Dalam pelancaran OnePlus 8 sebentar tadi, OnePlus menyatakan telefon pintar itu menyokong teknologi pengecasan wayarles baru yang dinamakan Warp Charge 30 Wireless.

Ia menampilkan dua inovasi utama iaitu kedudukan pengecasan berasingan (isolated charging posts) yang membenarkan pengecasan lebih tinggi pada 30W dan Warp Wireless Direct Charging Architecture yang menggunakan cip khas untuk memperbaiki komunikasi antara dock pengecasan wayarles dengan OnePlus 8 bagi mencekapkan pemindahan tenaga.

Dengan Warp Charge 30 Wireless, bateri OnePlus 8 yang berkapasiti 4,510mAh boleh dicas sebanyak 50 peratus dalam masa setengah jam sahaja. Ia juga menyokong pengecasan berbalik (reverse charging) untuk mengecas peranti lain.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki OnePlus 8 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version