Site icon TechNave BM

OnePlus 8T akan dilancar di Malaysia pada 22 Oktober

Telefon pintar flagship OnePlus 8T telah dilancarkan untuk pasaran antarabangsa semalam. Kini, OnePlus Malaysia pula mengesahkan tarikh pelancaran telefon tersebut untuk pasaran Malaysia iaitu pada Khamis, 22 Oktober jam 12:00 tengah hari.

Memandangkan tarikh itu jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebuah siaran langsung akan dilaksanakan. OnePlus 8T menampilkan pelbagai spesifikasi canggih seperti skrin AMOLED 120Hz, cipset Snapdragon 865 dan pengecasan pantas 65W.

Ia juga merupakan peranti OnePlus pertama yang akan dilengkapi sistem operasi OxygenOS 11 berdasarkan Android 11 sebaik sahaja ia dibawa keluar daripada kotak. Untuk maklumat lanjut tentang OnePlus 8T, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

Apakah agaknya harga OnePlus 8T di Malaysia? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version