Site icon TechNave BM

OnePlus 8T akan dilengkapi kamera swafoto ultra-lebar

OnePlus 8T bakal dilancarkan tidak lama lagi pada 14 Oktober dan OnePlus telah memberikan sedikit demi sedikit maklumat tentang peranti tersebut. Terbaru, OnePlus mengesahkan bahawa telefon itu akan dilengkapi kamera swafoto ultra-lebar.

OnePlus mengongsikan berita itu melalui akaun Twitter rasminya dengan sebuah video animasi pendek.

Sebelum ini, OnePlus Nord juga dilengkapi dwi-kamera swafoto, terdiri daripada kamera 32MP dan kamera ultra-lebar 8MP. Berdasarkan ini, OnePlus 8T juga mungkin akan mempunyai tetapan kamera swafoto yang serupa.

Kita akan ketahuinya pada hari Rabu, 14 Oktober nanti. Kongsi pendapat anda tentang berita OnePlus 8T ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version