Site icon TechNave BM

OnePlus 8T Cyberpunk 2077 berharga RM49 di Lazada hanya pada 12 Disember

Anda mungkin telah mengetahui mengenai peranti edisi khas yang agak popular dari OnePlus iaitu OnePlus 8T Cyberpunk 2077. Peranti ini terdahulu telah dilancar di pasaran China. OnePlus kini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk memenangi kotak misteri OnePlus melalui Lazada, hanya pada 12 Disember 2020!

Untuk pengetahuan anda, terdapat 1000 kotak misteri yang disediakan. Kotak misteri tersebut mengandungi 10x OnePlus 8T Cyberpunk 2077, 10x OnePlus Buds (warna Putih), 10x OnePlus Warp Charge 65 Power Adapter, 10x kabel OnePlus Warp Charge Type-C ke Type-C (150m) dan 10x OnePlus Type-C Bullet Earphones. Kotak misteri ini dijual pada harga RM49 bermula pada 12 tengah malam (12AM), 12 Disember 2020 di OnePlus Flagship Store Lazada.

Jika anda bertuah, anda pasti dapat memenangi OnePlus 8T Cyberpunk 2077 yang tidak dijual di pasaran Malaysia. Adakah anda bakal menyambar peluang ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version