Site icon TechNave BM

OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Limited Edition dilancar: Rekaan khas berharga ~RM2,484

Jika anda adalah peminat game Cyberpunk 2077 yang akan dilancarkan pada bulan Disember nanti (dan mungkin kecewa atas penangguhannya yang berkali-kali), anda pasti akan tertarik dengan telefon OnePlus 8T Cyberpunk 2077 edisi khas yang dihiasi dengan unsur game tersebut.

Menurut gambar yang dikongsi daripada Digital Chat Station, telefon OnePlus 8T itu akan mempunyai satu ciri yang memisahkannya dengan OnePlus 8T biasa iaitu pada bonggol kameranya yang lebih besar untuk menyerlahkan penjenamaan Cyberpunk 2077. Bonggol tersebut mempunyai teks ‘NETRUNNER EDITION’, ‘2077’ dan ‘NEURAL CONNECTION STATUS: ACTIVE’.

Telefon tersebut juga akan mempunyai logo Cyberpunk 2077 yang diukir di bahagian belakang serta garisan berwarna kuning di sekeliling telefon tersebut. Daripada segi dalaman pula, OnePlus 8T Cyberpunk 2077 akan dilengkapi tema khas untuk always on display, latar belakang skrin dan penapis kamera (camera filter) khas. Ia akan dibungkus dalam kotak khas di mana pelanggan akan turut mendapat peta game, pelekat dan lencana yang berdasarkan game tersebut.

Daripada segi spesifikasi, telefon ini mempunyai spesifikasi tercanggih yang terdapat pada varian OnePlus 8T, iaitu RAM 12GB dan storan UFS 3.1 256GB. Menurut sumber, edisi khas Cyberpunk 2077 ini akan dijual pada harga CNY3,999 (~RM2,484).

Setakat ini masih tiadak maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang OnePlus 8T edisi khas ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version