Site icon TechNave BM

OnePlus 8T dengan AMOLED 120Hz, cas pantas 65W mungkin hadir 14 Oktober ini

Seperti kebiasaan OnePlus terdahulu, jenama ini akan melancarkan peranti OnePlus T selepas kemunculan model flagship baharunya. Setelah siri OnePlus 8 dilancarkan, kini pendedah maklumat terkenal menyatakan bahawa OnePlus 8T bakal dilancar pada 14 Oktober ini.

Sebagai peringatan awal, berita ini bukanlah berita rasmi dari OnePlus sendiri. Anda dinasihatkan untuk menunggu berita tarikh rasmi pelancaran melalui pihak OnePlus.

OnePlus 8T dikatakan memiliki janaan cipset Snapdragon 865, skrin 6.55 inci AMOLED 120Hz, kamera swafoto 32MP yang menghuni rekaan skrin berlubang (punch hole), RAM 8GB/12GB dan storan 128GB/256GB.

Kamera utamanya dilaporkan sama dengan siri OnePlus 8, tetapi dengan rekaan berbeza, naik taraf lensa makro 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Lagi spesifikasinya adalah bateri 4500mAh dan pengecasan pantas Warp 65W.

Anda boleh baca berita lepas mengenai spesifikasi OnePlus 8T.

Apakah pendapat anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version