Site icon TechNave BM

OnePlus 8T dilancar di Malaysia: Snapdragon 865, AMOLED 120Hz, Warp Charge 65 bermula RM2,699

OnePlus hari ini telah mengumumkan jualan telefon pintar flagship OnePlus 8T untuk pasaran Malaysia, dengan harga bermula daripada RM2,699. Telefon ini dilengkapi pelbagai spesifikasi yang canggih termasuk cipset Snapdragon 865, storan UFS 3.1, skrin Fluid AMOLED 120Hz dan penyejukan kamar wap (vapor chamber).

Ia juga merupakan peranti OnePlus pertama yang dilengkapi sistem operasi OxygenOS 11 berdasarkan Android 11 sebaik sahaja ia dibawa keluar daripada kotak. OxygenOS 11 menampilkan beberapa fungsi baru seperti ciptaan Bitmoji, skrin sentiasa terpasang (always on display) yang lebih cantik dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus 8T:

OnePlus 8T akan dijual dengan harga RM2,699 untuk varian 8GB+128GB dan RM2,999 untuk varian 12GB+256GB. Jualan awal eksklusif akan berlaku pada 28 Oktober jam 12:00 tengah malam di Lazada sahaja, manakala jualan awam akan bermula pada 31 Oktober.

Bagi peminat OnePlus tegar pula, anda boleh beli pakej OnePlus 8T Pop-up Bundle edisi terhad yang menyertakan telefon OnePlus 8T (12GB+256GB), fon telinga wayarles OnePlus Buds dan sarung Quantum Bumper Case pada 11 November sahaja, berharga RM2,999.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon OnePlus 8T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version