Site icon TechNave BM

OnePlus 8T dilancar: Snapdragon 865, AMOLED 120Hz, Warp Charge 65 bermula ~RM2,926

OnePlus hari ini telah melancarkan telefon pintar flagship yang terbaru iaitu OnePlus 8T. Telefon ini dilengkapi pelbagai spesifikasi yang tercanggih seperti cipset Snapdragon 865, storan UFS 3.1, skrin Fluid AMOLED 120Hz dan penyejukan kamar wap (vapor chamber).

Ia juga merupakan peranti OnePlus pertama yang dilengkapi sistem operasi OxygenOS 11 berdasarkan Android 11 sebaik sahaja ia dibawa keluar daripada kotak. OxygenOS 11 menampilkan beberapa fungsi baru seperti ciptaan Bitmoji, skrin sentiasa terpasang (always on display) yang lebih cantik dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus 8T:

OnePlus 8T akan mula dijual dengan harga EUR599 (~RM2,926) untuk varian 8GB+128GB dan EUR699 (~RM3,414) untuk varian 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon OnePlus 8T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version