Site icon TechNave BM

OnePlus 9 5G dilancar di Malaysia: Snapdragon 888, kamera Hasselblad 48MP, AMOLED 120Hz bermula RM3,699

Selepas pelancaran antarabangsa pada bulan Mac lalu, siri telefon pintar andalan OnePlus 9 kini telah pun dilancar dalam pasaran Malaysia. Ia terdiri daripada dua varian utama iaitu OnePlus 9 5G dan OnePlus 9 Pro 5G, masing-masing dijual pada harga RM3,699 dan RM4,299.

Seperti yang boleh dijangka untuk telefon dalam kategori ini, ia dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih termasuklah cipset Snapdragon 888, pengecasan pantas Warp Charge 65W, skrin AMOLED 120Hz dan bateri besar 4,500mAh.

Satu perbezaan utama di antara OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro adalah pada jumlah kamera, di mana OnePlus 9 dilengkapi tiga kamera manakala OnePlus 9 Pro dilengkapi empat kamera. Selain itu, kamera utama OnePlus 9 dilengkapi sensor Sony IMX689 manakala OnePlus 9 Pro dilengkapi sensor Sony IMX789.

Kedua-duanya dilengkapi teknologi fotografi yang dibina bersama jenama kamera terkenal dari Sweden, Hasselblad. Ia menjanjikan penghasilan warna yang sinonim dengan jenama kamera tersebut serta mutu gambar ultra-lebar yang tidak terlalu membulat (distorted).

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua varian OnePlus 9:

OnePlus 9 Pro 5G

Untuk waktu terhad sahaja, pembeli OnePlus 9 Pro 5G di Lazada bermula 18 Mei jam 12:00 tengah malam akan menerima hadiah percuma seperti fon telinga wayarles OnePlus Buds White, pengecas wayarles OnePlus Warp Charge 50W, pengecas 65W, dan sarung Karbon Bumper.

OnePlus 9 5G

OnePlus 9 5G akan dijual dalam talian secara eksklusif di Shopee bermula 18 Mei jam 12:00 tengah malam. Untuk pembelian di kedai fizikal pula, jualan akan bermula pada 22 Mei.

Layari laman web OnePlus Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pembeliannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki mana-mana varian OnePlus 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version