Site icon TechNave BM

OnePlus 9 bakal dilancar dengan sensor kamera Sony IMX766

Telefon pintar andalan OnePlus 9 bakal dilancar pada 23 Mac dan menjelang pelancarannya, CEO OnePlus Pete Lau telah berkongsi sedikit maklumat tentang telefon tersebut. Selepas mengesahkan kewujudan pengecas dalam kotak, kini beliau mengesahkan bahawa kamera OnePlus 9 akan dilengkapi sensor Sony IMX766.

Sensor kamera Sony IMX766 adalah sensor baru yang setakat ini hanya dilengkapi dalam HONOR V40 dan OPPO Reno5 Pro+. Jika dilihat pada telefon tersebut, sensor IMX766 yang mempunyai jumlah megapiksel 50MP dilengkapi teknologi pengimejan DOL-HDR dan algoritma video pemandangan malam yang meningkatkan prestasi input cahaya sebanyak 63.8% berbanding IMX586.

Pete Lau turut mengatakan beliau akan terus berkongsi cebisan maklumat OnePlus 9 sebelum pelancaran rasmi pada 23 Mac. Telefon itu dijangka akan dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci 120Hz, cipset Snapdragon 888, RAM 12GB, storan 128GB, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version