Site icon TechNave BM

OnePlus 9 mungkin akan dilengkapi kamera Hasselblad, skrin sama dengan OnePlus 8T

Siri OnePlus 9 dijangka akan dilancar pada suku pertama 2021 dan kini maklumat tentangnya telah pun mula dihebahkan dalam internet. Terbaru, sebuah gambar yang mungkin menunjukkan rupa OnePlus 9 Pro mempunyai bonggol kamera dengan jenama Hasselblad.

Hasselblad adalah sebuah syarikat kamera terkenal dari Sweden dan OnePlus mungkin telah berkolaborasi dengan mereka untuk menghasilkan sensor kamera dalam OnePlus 9. Kamera untuk OnePlus 9 Pro mungkin terdiri daripada kamera utama 48MP dan tiga lagi lensa, manakala OnePlus 9 hanya akan terdiri daripada kamera utama 48MP dan dua lagi lensa.

Gambar OnePlus 9 Pro yang tertiris, nama Hasselblad tertera di bawah lensa
Gambar OnePlus 9 yang tertiris

Selain itu, siri OnePlus 9 juga dikhabarkan akan dilengkapi skrin yang sama dengan OnePlus 8T yang dilancar pada Oktober 2020, iaitu skrin AMOLED rata berukuran 6.55 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta lubang punch-hole yang berada di bahagian atas kiri untuk menempatkan kamera swafoto. Ia tidak akan mempunyai lengkungan di bahagian sisi seperti OnePlus 8 dan sebelumnya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Pocketnow, Gizchina

Exit mobile version