Site icon TechNave BM

OnePlus 9 Pro bakal hadir dengan cas wayarles 45W, tidak pada OnePlus 9

OnePlus sudah mula meletakkan ciri telefon andalan pada telefonnya sejak beberapa tahun yang lalu. Pada tahun lepas, mereka akhirnya meletakkan ciri cas wayarles pada telefon andalannya, OnePlus 8 Pro.

Terbaru, sumber menyatakan bahawa telefon siri OnePlus 9 akan dilengkapi ciri cas wayarles dengan kelajuan sehingga 45W untuk versi Pro.

Jika dibandingkan dengan OnePlus 8 Pro tahun lepas, ia hanya mampu mengecas secara wayarles sehingga kelajuan 30W.

Buat masa ini, kelajuan cas wayarles untuk OnePlus 9 masih belum diketahui lagi.

Nantikan berita lanjut mengenai telefon siri OnePlus 9 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version