Site icon TechNave BM

OnePlus 9 Pro muncul di Geekbench, dilengkapi RAM 8GB dengan Snapdragon 875

Pada awal tahun hadapan, beberapa syarikat telefon pintar bakal melancarkan telefon segmen flagship mereka. Samsung dijangka akan melancarkan telefon siri Galaxy S21 pada minggu kedua bulan Januari, manakala untuk OnePlus pula, mereka dikhabarkan akan memperkenalkan siri OnePlus 9 sekitar bulan Mac tahun hadapan.

Pada minggu lepas, sumber telah menunjukkan nombor model untuk siri OnePlus 9. Kini, nombor tersebut telah muncul di perisian penanda aras GeekBench.

Berdasarkan Geekbench, telefon OnePlus ini akan dilengkapi dengan Android 11 dan RAM 8GB. Ia akan menggunakan papan induk ‘lahaina’ yang hadir dengan lapan teras CPU yang mempunyai frekuensi asas 1.80Ghz.

Hasil analisa ujian penanda aras ini yang lebih mendalam menunjukkan konfigurasi CPU cipset ini yang dijangka adalah cipset Snapdragon 875. Cipset ini menggunakan empat teras asas pada 1.80GHz, tiga teras berprestasi tinggi pada 2.42Ghz dan satu teras utama pada 2.84Ghz.

Untuk spesifikasi yang lain pula, siri OnePlus 9 ini bakal dilengkapi skrin AMOLED dengan kadar segar semula setinggi 144Hz. Selain itu, ia juga dijangka hadir dengan pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 40W.

Adakah anda meminati peranti siri OnePlus 9 ini? Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version