Site icon TechNave BM

OnePlus 9 Pro sah hadir dengan cas pantas wayarles 50W, cas penuh dalam 43 minit

OnePlus bakal melancarkan beberapa peranti mereka termasuklah telefon siri OnePlus 9 pada 23 Mac ini. Terbaru, OnePlus menyatakan OnePlus 9 Pro akan membawakan pengecasan pantas wayarles ke tahap yang lebih tinggi.

Mengikut OnePlus, OnePlus 9 Pro bakal menyokong pengecasan pantas wayarles 50W dan mampu mengecas penuh bateri telefon dalam masa 43 minit sahaja. Pengecasan wayarles 50W ini hanya boleh digunakan sekiranya anda membeli pengecas khas 50W yang akan OnePlus lancarkan bersama siri OnePlus 9.

Pengecas wayarles ini akan membolehkan anda mengecas telefon dalam posisi mengiring dan menegak. Kini, anda boleh menonton video sambil mengecas telefon anda secara wayarles.

Namun, pengecas ini mungkin akan mengeluarkan bunyi yang agak kuat kerana ia hadir bersama kipas. Ia juga bakal hadir dengan ciri mod malam sekirannya anda ingin mengecas telefon anda di sebelah tempat tidur.

Untuk pengecasan secara wayar pula, OnePlus 9 dan 9 Pro akan menyokong pengecasan 65W. Pengecasan pantas ini dapat mengecas telefon dari 0 ke 100% dalam masa 29 minit sahaja.

Lihat artikel lepas mengenai telefon siri OnePlus 9.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version