Site icon TechNave BM

OnePlus 9 sah akan dilengkapi cipset Snapdragon 888, skrin 1-120Hz

OnePlus 9 bakal dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac dan syarikat itu telah pun berkongsi pelbagai maklumat tentang telefon itu sejak beberapa hari lalu. Kini, CEO OnePlus Pete Lau mengesahkan satu lagi spesifikasi penting untuk OnePlus 9 iaitu cipset Snapdragon 888.

Seperti telefon-telefon utama OnePlus sebelum ini, ia dilengkapi cipset tercanggih dan pada tahun ini ia adalah Snapdragon 888. Setakat ini spesifikasi lain yang sudah disahkan termasuklah skrin dengan kadar segar semula yang boleh berubah antara 1Hz hingga 120Hz dan kamera yang dilengkapi sensor Sony IMX766.

OnePlus 9 bakal dilengkapi kamera yang dihasilkan dengan kerjasama Hasselblad, sebuah syarikat kamera popular dari Sweden. Spesifikasi lain yang dijangkakan untuk OnePlus 9 adalah bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 50W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version