Site icon TechNave BM

OnePlus 9R 5G dilancar hanya di India: Snapdragon 870, skrin 120Hz bermula ~RM2,276

Semalam, industri teknologi telah menyaksikan kehadiran peranti andalan siri OnePlus 9 dan OnePlus Watch. Selain produk tersebut, sebenarnya dalam diam OnePlus turut mengumumkan OnePlus 9R 5G yang hanya tersedia secara eksklusif di pasaran India.

Untuk pengetahuan anda, OnePlus 9R 5G adalah salah satu varian dalam siri OnePlus 9 5G, tetapi memiliki janaan cipset dan tetapan kamera berbeza. Ia dijana oleh Snapdragon 870 dan dilengkapi tetapan kamera kuad 48MP. Anda boleh menyemak spesifikasinya seperti di bawah.

OnePlus 9R 5G hanya dipasarkan di India pada harga 39,999 Rupi (~RM2,276) untuk varian 8GB+128GB dan 43,999 Rupi (~RM2,504) untuk varian 12GB+256GB.

Sekiranya ia hadir di Malaysia, adakah pengguna di Malaysia akan teruja? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version